suria

Sekolah panggil hulubalang Melayu sambut 4 pasangan kembar tahun satu

(Dari kanan) Muhammad Danish, Muhammad Danial, Nurain Athirah, Nurain Amirah, Muhammad Nur Airil, Muhammad Nur Airie, Mior Rafieq Hazieq dan Mior Razieq Harith dirakam pada hari pertama mereka mendaftar di SK Serkam Darat.

JASIN: Bukan hanya dua pasang, tetapi anda berpeluang melihat ada empat pasangan kembar memulakan sesi persekolahan di SK Serkam Darat di sini.

Empat pasangan kembar terbabit didaftarkan untuk memasuki tahun satu.

Kembar - Muhammad Danial dan Muhammad Danish Azlan; Nurain Amirah dan Nurain Athirah Abdul Malek; Muhammad Nur Airie dan Muhammad Nur Airil Ahmad Redzuan; dan Mior Razieq Harith dan Mior Rafieq Hazieq Mohd Rosdy merupakan antara 97 murid tahun satu yang mendaftar pada Rabu.

Bagi meraikan pendaftaran murid yang jarang dilihat itu, sekolah tersebut menjemput rombongan pemuzik tradisional yang berpakaian seperti hulubalang Melayu untuk mengiringi -anak-anak kembar dan murid tahun satu ke kelas masing-masing.

"Kami harap ini akan menjadi satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan bagi murid-murid, ibu bapa dan guru-guru," kata Guru Besar SK Serkam Darat, Abu Hassan Ahmad.

Beliau berkata pihak sekolah memutuskan untuk menjemput pemuzik tradisional daripada Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Umbai untuk memeriahkan pendaftaran hari pertama sekolah itu.

Beliau menambah bahawa Muhammad Danial, Muhammad Danish, Nurain Amirah dan Nurain Athirah telah diletakkan di Kelas 1 UTM; Muhammad Nur Airie dan Muhammad Nur Airil dalam Kelas 1 UKM; dan Mior Razieq Harith dan Mior Rafieq Hazieq di Kelas 1 USM.

"Kami memutuskan untuk tidak memisahkan mereka daripada pasangan masing-masing kerana enggan mereka hilang tumpuan semasa di dalam," katanya kepada pemberita. - The Star

murid kembar

Artikel Lain