Anwar mahu agenda reformasi bebas daripada fahaman sempit - Semasa | mStar

Anwar mahu agenda reformasi bebas daripada fahaman sempit

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dalam memastikan agenda reformasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke arah kebaikan berjalan lancar tanpa dirosakkan atau diperalat oleh fahaman perkauman dan agama sempit atau kekeliruan kerosakan yang lain.

Menerusi amanat beliau bersempena Tahun Baharu ini, beliau mahu barisan kepimpinan PH membaiki segala kelemahan selain menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya terhadap golongan miskin bandar dan luar bandar.

“Maka wajar kita pastikan suara denyut nadi rakyat terutama golongan miskin diperjuangkan walaupun ini mengundang kritikan kerana ada yang menganggap hal ini tidak harus dihebahkan.

"Saya berbeza pendapat kerana janji kita dengan pentadbiran baharu adalah memastikan kepentingan rakyat diutamakan dan permasalahan mereka menjadi permasalahan negara,” kata beliau menerusi hantaran video pendek di akaun Facebooknya.

Mengenai sistem pemerintahan PH yang lebih telus, demokratik dan bertanggungjawab, Anwar yakin kerajaan PH mampu menjalankan tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut memuji rakyat negara ini yang memberi peluang kepada PH untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah atau kerosakan harta benda.

“Justeru, saya ingin menyatakan juga penghargaan kepada pasukan keselamatan dan penjawat awam yang menunjukkan kesediaan bantu proses peralihan kuasa dengan aman,” katanya.- BERNAMA.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut