suria

"Saya sudah katakan apa yang nak dikatakan, tidak perlu perjelaskan lagi" - Nurul Izzah

Nurul Izzah tidak berhasrat untuk menjelaskan tentang peletakan jawatannya.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata beliau tidak bercadang untuk menjelaskan tentang keputusannya melepaskan jawatan dalam parti.

"Saya sudah katakan apa yang saya mahu katakan dan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.

"Biarkan hari ini bercerita tentang anak-anak," kata Nurul Izzah yang berada di acara Majlis Lembaga Kelab Kiwanis pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nurul Izzah sudah penat dengan permainan politik dan bukannya beri tumpuan bantu rakyat" - Anwar

Bapanya yang merupakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan pada Jumaat dan berkata, beliau menyokong keputusan anak perempuannya.

Beliau berkata, ia terpulang sepenuhnya kepada Nurul Izzah yang sentiasa berani mempertahankan perkara yang dipercayai oleh beliau.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa beliau dan Nurul Izzah sudah lama berbincang tentang hasrat ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk meletakkan jawatan.

"Saya bukan orangnya untuk mendedahkan butiran lanjut, tetapi saya tahu bahawa dengan perkembangan politik selama sembilan bulan terakhir ini yang tidak berkesudahan.

"Beliau letih dan bosan dengan penipuan dan komplot oleh mereka yang lebih berminat untuk bermain politik dan bukannya memberi tumpuan kepada membantu rakyat," kata Anwar dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anwar memberi contoh tentang tindakan beberapa pemimpin yang lompat parti demi menyelamatkan 'pengaruh politik' mereka dan telah menyebabkan kekecewaan rakyat. - The Star

Nurul Izzah

Artikel Lain