suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada majlis lain, "kami sekeluarga mahu berehat"

Mohd Kassim tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian anaknya di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah petang Selasa. - fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Tiada sebarang majlis lain yang diadakan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, menggantikan kenduri perkahwinannya yang dijadualkan pada Ahad.

Bapa arwah, Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, pihaknya juga tidak merancang untuk mengadakan majlis tahlil pada hari berkenaan.

Menurutnya, buat sementara waktu beliau dan keluarganya mahu berehat selepas berkampung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur selama tiga minggu sebelum ini.

"Urusan pengebumian anak saya telah selesai dan buat masa ini saya tidak bercadang untuk membuat kenduri buat arwah," katanya selepas ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini hari ini.

Tambahnya, beliau sekeluarga perlu berehat sementara waktu selepas menjaga Allahyarham Muhammad Adib.

Sementara itu, datuk saudara Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Shukor Osman, 53, berkata, segala persiapan perkahwinan arwah telah ditangguhkan sejak Muhammad Adib dirawat di hospital.

Menurutnya, bagaimanapun mereka sekeluarga tetap reda dengan pemergian arwah. - Sinar Harian

Muhammad Adib, bomba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain