Jangan spekulasi punca anggota bomba cedera - Xavier - Semasa | mStar

Jangan spekulasi punca anggota bomba cedera - Xavier

Xavier Jayakumar.

SUBANG JAYA: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menyerahkan polis untuk menyiasat laporan mengenai anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera selepas dirempuh sebuah jentera bomba, dan bukannya dipukul perusuh sebagaimana yang dilaporkan.

"Jangan spekulasi dan biar polis siasat," kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diserahkan kepada polis yang melakukan siasatan.

"Buat masa ini, saya gesa semua kuil, masjid dan gereja di seluruh negara untuk berdoa supaya dia sembuh termasuk mereka yang lain cedera dalam rusuhan itu," katanya selepas mengadakan lawatan ke kuil Sri Maha Mariamman Seafield di USJ 25 di sini, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan petugas kuil dakwa Muhammad Adib dilanggar jentera bomba, bukan dipukul

Beliau menambah, isu tanah kuih telah diteliti dan satu penyelesaian akan dicapai tidak lama lagi.

Muhammad Adib cedera parah selepas dia dilaporkan diheret keluar daripada kenderaan perkhidmatan kecemasan itu dan dipukul semasa rusuhan yang berlaku di kuil pada Isnin lalu.

Bagaimanapun pada Rabu, setiausaha pasukan petugas kuil tersebut, V. K. Regu dalam sidang media berkata, terdapat tiga video yang tersebar di media sosial, menunjukkan jentera bomba berundur secara tiba-tiba, di mana ketika itu Muhammad Adib berada di belakangnya.

"Jika anda melihat video itu, ia menunjukkan anggota bomba itu dilanggar oleh jentera bomba semasa ia berundur dan tercampak ke arah van bomba yang berada di belakang jentera bomba.

"Video itu juga menunjukkan bahawa orang ramai tidak memukul anggota bomba berkenaan, tetapi sebenarnya cuba memberi isyarat kepada jentera bomba supaya berhenti dan membawa anggota bomba yang cedera ke hospital," dakwanya.

Beliau menambah, pasukan petugas kuil itu telah menghantar kesemua video tersebut kepada pihak berkuasa dan menggesa polis punca sebenar kejadian. - The Star

Artikel Sebelum

PLKN jawapan terbaik tangani isu perkauman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain