suria

Pelajar perubatan patah dua kaki terjatuh balkoni gara-gara ingin ambil tuala

Miao Lynn dipercayai telah keluar dari koridor tingkat 10 untuk mengambil tuala yang jatuh di balkoni.

KOTA KINABALU: Seorang pelajar kolej berusia 21 tahun patah kaki selepas tergelincir dan jatuh dari balkoni ketika cuba mengambil tuala pada pagi Selasa.

Mangsa, Lee Miao Lynn, yang merupakan pelajar perubatan, dipercayai telah keluar dari koridor tingkat 10 untuk mengambil tuala yang jatuh di balkoni kira-kira pukul 10.30 pagi.

Miao Lynn jatuh di atas bumbung tingkat tujuh bangunan itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, rakan mangsa memberitahu, dia mendengar bunyi kuat dari bumbung dan melihat rakannya terbaring sebelum segera menghubungi polis.

Pemeriksaan perubatan awal mendapati bahawa Lee telah patah kedua-dua kakinya.

Kecederaan lain belum dapat dipastikan kerana beberapa ujian termasuk imbasan CT sedang dijalankan.

"Mangsa kini sedar dan dalam keadaan stabil," katanya. - The Star

jatuh balkoni

Artikel Lain