suria

Justo akui terhibur tonton wawancara Najib bersama Al Jazeera

KUALA LUMPUR: Xavier Justo mengaku 'terhibur' ketika menonton wawancara Al Jazeera bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Saya minta maaf, tetapi saya tersenyum kerana mungkin ia merupakan prestasi terburuk seorang ahli politik," kata Justo, merujuk kepada wawancara Najib bersama Mary Ann Jolley.

"Jawapannya sangat samar, dan kemudian beliau mahu keluar atau tidak," katanya kepada The Star, Rabu.

Ketika temu bual eksklusif yang disiarkan Sabtu lalu (27 Okt), Najib agak panas berkaitan dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaunnya yang didakwa ia adalah derma dari seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Namun dalam satu situasi, Najib mengancam untuk meninggalkan sesi wawancara itu dan meminta untuk bercakap mengenai ekonomi.

Justo sebelum ini turut ditemubual dengan Jolley yang akan disiarkan pada November berkata, apabila berhadapan dengan realiti pertuduhan jenayah, orang akan bertindak balas dengan cara berbeza.

"Anda hanya mempunyai dua pilihan - untuk menafikan fakta atau mengakui kebenaran.

"Jika anda dijemput, sama ada anda tidak pergi ke TV atau pergi. Jika anda pergi, anda mestilah jujur ​​atau anda pastinya pembohong terbaik.

"Jika anda seorang pembohong, semua orang boleh melihatnya," katanya.

Justo beradadi negara untuk kali ketiga sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan Mei.

Beliau adalah penceramah utama pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah 2018.

Xavier Justo. Al JAzeera, Najib

Artikel Lain