Nafi curang dengan pembantu berstatus suami orang, timbalan menteri lapor polis

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menafikan dakwaan skandal melibatkan dirinya dengan seorang pemuda berstatus suami orang.

Susulan itu, Isnaraissah membuat laporan polis pada Isnin bagi membersihkan namanya berhubung tuduhan berkenaan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada Isnin kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook milik Isnaraissah pada hari yang sama.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan sebuah blog mengaitkan nama saya.

"Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat.

"Saya telah membuat laporan polis mengenai hal ini. Wassalam dan Selamat Malam," tulis Isnaraissah.

Laporan polis yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Posting berkenaan yang dimuat naik kurang 24 jam lalu menerima lebih 1,000 tanda suka dan dikongsi lebih 300 pelayar Facebook.

Sementara itu, tuduhan kecurangan Isnaraissah dengan pemuda yang dikatakan bekerja sebagai pembantunya telah dibuat penulis blog Raja Petra pada Sabtu lalu.

Menerusi pendedahan itu, Raja Petra mendakwa isteri pemuda berkenaan turut membuat laporan polis gara-gara dipukul kerana bertanyakan mengenai hubungan suaminya bersama Isnaraissah.

Dalam laporan polis yang dibuat, Isnaraisaah berkata, dia dimaklumkan mengenai dakwaan blog tersebut oleh rakannya pada Isnin menerusi pautan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Isnaraissah dilantik mengisi jawatan dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama 13 menteri dan 22 timbalan menteri pada 2 Julai lalu.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain