Bumbung sekolah tercabut dibadai ribut, 5 pelajar cedera

ALOR SETAR: Kira-kira 2,000 pelajar termasuk lebih 100 guru dan kakitangan sebuah sekolah menengah di sini panik apabila sekolah tersebut dibadai ribut dalam kejadian 7.15 pagi Isnin.

Dalam kejadian ribut yang tidak sampai seminit itu yang berlaku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, sebahagian bumbung membabitkan lima blok bangunan tiga dan dua tingkat itu, rosak diterbangkan ribut.

Lima pelajar tingkatan tiga dilaporkan mengalami cedera ringan terkena serpihan cemin tingkap dan kayu yang berterbangan.

Pengetua sekolah itu, Wong Chee Hong berkata keadaan lima pelajar itu bagaimanapun tidak serius yang hanya mengalami luka-luka di beberapa bahagian badan.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar melainkan seorang pelajar perempuan yang luka teruk di bahagian kepala terkena kayu.

“Para pelajar kini ditempatkan di dewan sekolah dan tidak dibenarkan keluar bagi mengelak keadaan yang lebih buruk,” katanya kepada pemberita di sekolah itu di sini.

Wong berkata ketika kejadian sebahagian besar pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam baru sahaja sampai ke sekolah.

Katanya keadaan menjadi kelam kabut seketika apabila ribut kencang berserta hujan membadai pada waktu itu.

“Para pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila serpihan bumbung dan kayu berterbangan jatuh,” katanya.

Wong berkata apabila keadaan reda para pelajar ditenangkan guru dan kakitangan sebelum dibawa ke dewan.

Pelajar yang cedera itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan.

Wong berkata pihak sekolah terlebih dahulu bertindak membersihkan kawasan dan memastikan keadaan kelas selamat untuk sesi pembelajaran.

“Buat masa ini kami menunggu arahan rasmi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Seorang saksi yang juga pekerja sekolah tersebut, Faridah Wahab, 50, berkata keadaan sangat kelam kabut dengan jeritan pelajar.

Katanya keadaan ketika itu ibarat mimpi apabila melihat ribut membadai sekolah berkenaan.

“Kakak cuba bantu pelajar dan minta mereka bertenang dan Alhamdulillah keadaan semakin pulih,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati serpihan bumbung, kayu dan kaca bersepah dengan kakitangan mula membersihkan kawasan.

Ibu bapa yang berada di luar sekolah turut ditenangkan guru sekolah agar tidak cemas.

Turut hadir beberapa pegawai PPD dan pasukan penyelamat.-- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain