suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Anwar, kali ketiga PKR kosongkan kerusi

PETALING JAYA: Sekiranya seorang wakil rakyat meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah kali ketiga penyandang jawatan itu mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada ahli politik berkenaan dalam tempoh satu dekad.

Pada 2008 misalnya, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi laluan kepadanya kembali ke Parlimen.

Pilihan raya kecil 26 Ogos itu terbukti berhasil bagi Anwar biarpun terpalit dengan dakwan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan pada 7 Ogos tahun itu.

Menerusi pertandingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) itu, beliau menang dengan majoriti 15,671 undi.

Sementara itu pada 2014, gerakan 'Langkah Kajang' pula dicipta bagi membolehkan Anwar menjadi wakil rakyat di Selangor dalam usaha menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Bagi merealisasikannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu pada 27 Januari untuk membolehkan Anwar bertanding kerusi.

Bagaimanapun Anwar dihalang daripada bertanding selepas sabitan oleh Mahkamah Rayuan berhubung kes liwatnya.

Dr Wan Azizah kemudian menggantikannya sebagai calon.

Beliau memenangi pilihan raya itu setelah menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan dengan majoriti 5,379 undi.

Anwar Ibrahim, PKR, Wan Azizah

Artikel Lain