Hubungan tegang dengan AS, firma China mahu pindah Malaysia - Semasa | mStar

Hubungan tegang dengan AS, firma China mahu pindah Malaysia

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Firma dari China menyatakan minat untuk berpindah ke Malaysia berikutan ketegangan perdagangan berterusan antara negara itu dan Amerika Syarikat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Isham Ishak berkata syarikat daripada industri keluli, solar dan pembuatan yang terjejas susulan pengenaan tambahan tarif disebabkan kemelut perdagangan itu, telah memaklumkan minat berbuat demikian.

“Ekosistem kita yang tersedia dan sesuai untuk syarikat mereka telah mendorong hasrat mereka untuk beroperasi di negara ini. Lawatan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) baru-baru ini juga berusaha untuk ini,” katanya kepada pemberita selepas majllis makan malam Merdeka 2018 oleh InvestKL di sini, malam Selasa.

Setakat ini, 70 syarikat multinasional telah membuka hab serantau mereka di Malaysia dan menawarkan 6,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.

Sementara itu, Isham berkata Miti akan melancarkan Rangka Kerja Dasar Industri 4.0 Nasional pada minggu kedua Oktober.

“Ia akan dilancarkan oleh perdana menteri dan kita berharap mengikut rangka kerja ini, syarikat akan lebih berkedudukan baik untuk mula melaksanakan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesebelas, Miti mendapat peruntukan RM750 juta bagi tempoh lima tahun untuk automasi dan pemodenan, atau menerima peruntukan RM150 juta setiap tahun untuk menyokong usaha tersebut.

Peruntukan itu diuruskan oleh Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) untuk perusahaan kecil dan sederhana beralih kepada automasi.

"Setakat ini, maklum balas adalah baik. Aspek positif automasi adalah ia akan membantu mengurangkan pelbagai masalah termasuk pekerja asing, yang kita akan kurangkan pergantungan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, majlis makan malam Merdeka 2018 InvestKL itu dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. - Bernama

Miti

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain