suria

Sebat dalam islam berbentuk pengajaran

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Sebatan dalam Islam berbentuk pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah.

Mohd Amar, yang juga Naib Presiden PAS berkata selain pengajaran, ia juga bertindak mencegah sebarang kes berkaitan jenayah syariah daripada terus dilakukan masyarakat.

"Tujuan hukuman dalam Islam ialah untuk mencegah sebab kalau kita buat di hadapan orang (ramai) akan timbul perasaan malu orang yang melakukan dan orang lain takut untuk buat, sebab itu galak dibuat di khalayak ramai. Macam di Acheh, Indonesia (hukuman) dijalankan di hadapan masjid.

"(Sebat dalam Islam) bukan untuk mencederakan dia (pesalah) tetapi lebih kepada pengajaran… macam kita pukul anak bukan mahu mencacatkan dia tetapi (sebagai) pengajaran. (Tapi) konsep ini orang tidak faham," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai kes sebatan sebanyak enam kali yang dijalankan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin terhadap dua wanita berusia 32 dan 22 tahun yang cuba melakukan kesalahan hubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun sebelum ditangkap pihak berkuasa negeri berkenaan pada 8 April lepas.

Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. - BERNAMA

sebat, lesbians

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Lihat rekod pencapaian saya"

Artikel Lain