suria

Kawasan Parlimen ditandingi Anwar diumum bulan ini

MELAKA: Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata setakat ini tiga kawasan parlimen sudah disenarai pendek untuk ditandingi Anwar, namun beliau enggan mendedahkan kawasan tersebut.

"Bulan ini umum jika tiada apa-apa, kawasan mana itu tunggu bila umum nanti," katanya ketika ditemui Bernama selepas Taklimat Pemilihan PKR Negeri Melaka 2018 di Ayer Keroh di sini Selasa.

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tidak akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan membayangkan akan membuat penampilan semula di Parlimen pada bulan depan.

Saifuddin berkata anggota PKR diminta memberikan sokongan penuh kepada Anwar setelah pengumuman kawasan parlimen itu dilakukan dan bersama bersatu sebagai sebuah jentera yang kukuh demi kemenangan parti itu.

"Anwar perlu sokongan dan dokongan yang kuat terutama daripada anggota parti untuk menang seterusnya jadi perdana menteri.

“Bagaimana hendak serah jawatan perdana menteri (kepada Anwar) sekiranya partinya kucar kacir dan tidak bersatu. Justeru kita perlu bersama menyokong Anwar," katanya. - BERNAMA

Parlimen, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

"Lihat rekod pencapaian saya"

Artikel Berikut

Artikel Lain