Plat Malaysia 2020 bakal muncul secara rasmi esok - Semasa | mStar

Plat Malaysia 2020 bakal muncul secara rasmi esok

PUTRAJAYA: Kenderaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan plat khas, Malaysia 2020 akan membuat kemunculan rasminya esok sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Dr Mahathir akan menaiki kereta Proton Perdana 2.4 Stretch Limo dengan plat istimewa itu ke acara kemuncak sambutan iaitu acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya di sini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa ‘Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos lepas.

Ia membabitkan 10,000 siri bermula dengan 'Malaysia 1' hingga 'Malaysia 9999'.

Nombor siri pendaftaran kenderaan khas 'Malaysia 1' dibida pada harga RM1,111,111, menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.

Nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020' pula dikhaskan bagi kegunaan Dr Mahathir.--Bernama

Malaysia 2020 , Mahathir

Artikel Berkaitan

Bajet 2019...bajet korban

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain