suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zainal Abidin Osman meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, meninggal dunia awal pagi Isnin.

Menurut portal Astro Awani, beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Zainal Abidin, 58, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.07 pagi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pulau Pinang dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal.

Zainal Abidin yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah daripada 2006 hingga Mac 2008.

Zainal Abidin Osman

Artikel Lain