Bas langgar tujuh kenderaan umpama aksi GTA V

Pemilik gerai burger, Mohd Arip Mohd Nor (duduk, kanan) melihat kerosakan gerainya yang terlibat dalam kemalangan di antara sebuah bas Rapid KL dan sebuah kereta di persimpangan Flat Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur, Khamis.

KUALA LUMPUR: Rakaman video berdurasi 1 minit 37 saat sebuah bas RapidKL yang melanggar beberapa kenderaan di Jalan Ampang malam tadi bagaikan aksi visual Grand Theft Auto (GTA) V yang popular dalam kalangan pengemar permainan video masa kini itu.

Sebaik sahaja beberapa minit video tersebut tular di media sosial, beberapa netizen memberi komen adegan tersebut adalah mirip aksi GTA V walaupun ia adalah kejadian sebenar yang berlaku di ibu negara.

Seorang daripada mangsa kejadian itu Muhamad Nur Azri Muhd Arip, 22 yang juga orang terawal memuat naik video tersebut di Facebook dan mendapat 102,000 kongsian berkata tindakannya dan rakan-rakannya mengejar bas itu adalah untuk berunding mengenai ganti rugi daripada pemandu bas tersebut yang melanggar gerai  burgernya di Flat PKNS, AU2 Taman Keramat, Selangor.

“Benar, di dalam video yang tular malam tadi, saya sedang mengejar bas itu tapi bukan untuk memukul tapi untuk berbincang dengannya tetapi mengapa dia bertindak melarikan diri ? 

“Setelah bas yang dikejar berhenti, kami terus mencari pemandu bas itu. Namun, dia (pemandu bas) telah kami dapati terduduk, cedera akibat dipukul oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya kepada Bernama.

“Mula-mula memang marah sehingga saya tidak berbaju, mengejar bas itu menaiki motosikal. Tapi bila melihat keadaan pemandu bas tersebut dengan berlumuran darah dipukul teruk oleh orang awam, timbul pulak rasa kasihan terhadapnya,” katanya.

Tambahnya, berita bayi dua bulan yang juga anak saudaranya itu yang dipangku ibunya telah tercampak, adalah tidak benar.

Malah, ibu saya hanya mengalami sakit belakang dan bayi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Ibu dan bayi tidak mengalami sebarang kecederaan cuma gerainya mengalami kerosakan dianggarkan kerugian sebanyak RM500, katanya.

Menurut Azri, sebelum melanggar gerainya, pemandu bas itu dikatakan telah memecut laju di kawasan berkenaan lalu melanggar sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam yang berpusing dan merempuh gerainya.

Katanya, pemandu kereta itu telah bertindak mengejar bas terbabit sehingga dapat meloloskan diri masuk ke dalam bas dan menyuruh pemandu itu agar memberhentikan kenderaan namun gagal.

Ekoran itu, pemandu bas tersebut bertindak melanggar beberapa kenderaan lain di atas jalan raya sebelum memberhentikan bas berkenaan akibat kesesakan jalan raya, di tepi Jalan Ampang, laluan MRR2.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.-- Bernama

GTA, Nur Azri, RapidKL

Artikel Sebelum

Ibrahim tubuh parti Putra

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain