suria

Pemandu bas RapidKL sah positif syabu

PETALING JAYA: Polis sahkan pemandu bas RapidKL di bawah pengaruh dadah jenis syabu semasa kejadian rempuhan melibatkan tujuh kenderaan di ibu negara, Khamis malam.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Kuala Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu sidang media.

"Ketika kejadian lelaki berkenaan memandu di bawah pengaruh dadah dan kes ini turut disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di bawah Kontinjen Selangor.

"Kita juga akan menyemak sama ada pemandu bas berusia 32 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau melibatkan dadah," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pelancaran Operasi Khas Rondaan Cegah Jenayah Pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jumaat.

Mazlan berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Sebelum ini, pemandu bas henti-henti milik RapidKL itu telah ditahan polis ketika dirawat di Hospital Ampang bagi membantu siasatan.

Pemandu berkenaan yang mengalami kecederaan di bahagian kepala masih lagi menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang.

RapidKL, langgar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain