suria

Selesaikan bayaran balik GST sebelum laksana SST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan diminta mencari penyelesaian segera berhubung isu tuntutan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula September depan.

“Kegagalan membuat pembayaran balik GST telah menyebabkan peniaga rugi dari segi kos modal akibat kekurangan aliran tunai. Ramai terpaksa menaikkan harga barang kerana perkara ini dan ada juga yang terpaksa tutup kedai,” kata Anggota Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dalam kenyataan pada Sabtu.

Peniaga telah menunggu lebih dua tahun untuk menerima pembayaran balik itu dan tindakan tidak mengembalikan wang itu kepada peniaga boleh dianggap sebagai satu perbuatan pecah amanah.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Datuk Seri T. Subromaniam mengenai defisit RM19.4 billion dalam Tabung Amanah untuk membolehkan pihak kastam menyelesaikan tunggakan bayaran balik GST.

Khoo turut meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar tampil memberi penjelasan dan menyeru pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan secepat mungkin. - BERNAMA

GST, SST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain