suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk lakukan sekatan media

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan perintah sekatan media daripada melaporkan merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan.

Dalam keputusan beliau pada Khamis, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, permohonan itu tidak boleh dilaksanakan kerana terdapat undang-undang sedia ada.

"Mereka yang melanggar (dalam melaporkan), risiko dikenakan tindakan akan dibuat, seperti menghina mahkamah," kata beliau.

Hakim dalam pengadilannya berkata, pemohon gagal memantapkan kesnya.

"Saya dapati permohonan itu tidak boleh dilaksanakan. Saya menolak permohonan itu," kata beliau.

Ketua peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu pada Isnin.

Terdahulu, Muhammad Shafee berkata bahawa laporan sensasi media terhadap kes tersebut telah menggambarkan kliennya bersalah.

"Ia bukanlah pemerhatian yang dramatik untuk mengatakan bahawa sentimen orang ramai terhadap pemohon adalah prejudis sehinggakan tiada kekurangan sabitan terhadap semua pertuduhan yang layak sebagai satu bentuk keadilan di mata umum," katanya.

Najib

Artikel Lain