suria

Pengerusi Hindraf antara lapan dilantik senator

Sultan Muhammad V berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) kepada Waytha Moorthy Ponnusamy pada istiadat pengurniaan surat cara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Selasa. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy antara lapan individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran, di Bangunan Parlimen pada Selasa.

Jawatan beliau adalah menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Ini merupakan lantikan kedua Waytha Moorthy yang sebelum ini pernah dilantik sebagai senator pada 2013 namun beliau meletakkan jawatan selepas 10 bulan berkhidmat.

Turut mengangkat sumpah ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Ketereh, Kelantan, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Ketua PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahya; Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan bekas Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Datuk Ismail Ibrahim.

Masing-masing mengangkat sumpah sebagai senator buat pertama kali menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, buat pertama kali Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Hussain Awang mengangkat sumpah sebagai senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Asmak Husin dipilih oleh DUN Kelantan.

Kesemua mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada Selasa bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 dan merupakan barisan pertama yang dilantik setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. - BERNAMA

Senator, Hindraf

Artikel Sebelum

SST bukan 16 peratus

Artikel Berikut

Artikel Lain