suria

SST perkhidmatan 6 peratus jualan 10 peratus - Guan Eng

Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR: Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal dilaksanakan 1 September depan mencadangkan cukai jualan ditetapkan 10 peratus dan cukai perkhidmatan adalah 6 peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Akta SST itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan dan seterusnya dilaksanakan.

Menurutnya, SST dijangka menghasilkan pendapatan RM4 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.

“Hasil ini akan digunakan untuk menutup sebahagian kerugian kerajaan sebanyak RM21 bilion selepas memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula Jun lalu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2018, Isnin.

Kementerian Kewangan sebelum ini menetapkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar bermula 1 Jun lalu.

Melalui satu kenyataan, bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan pada kadar standard enam peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus itu terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Bagi menggantikan GST, SST diperkenalkan semula sebagai sebahagian daripada program pembaharuan fiskal yang sedang dalam pelaksanaan. - Sinar Harian


SST, cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain