suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faktor kecuaian dalam kes Adam Rayqal?

Allahyarham Adam Rayqal Mohd Sufi.

SUNGAI BULOH: Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur kecuaian berhubung kes kematian bayi berusia lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naief, pada 3  Julai lepas, kata  Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

“Saya tidak boleh mendedahkan siasatan lebih awal, memang ada elemen-elemen yang boleh mendorong kepada kecuaian, itu kita tak nafikan, kita sudah siasat daripada semua sudut.

"Kalau pihak pendakwa raya memutuskan sebarang pertuduhan kita akan maklumkan kelak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini, Rabu.

Menurutnya, keterangan oleh beberapa saksi berhubung kes itu juga telahpun direkodkan.

Pada Selasa, Mahkamah Majistret Selayang melanjutkan tempoh tahanan reman selama seminggu lagi terhadap seorang wanita berusia 33 tahun berhubung kes bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemukan mati dalam peti sejuk di sebuah rumah di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Adam Rayqal pada awalnya dilaporkan hilang daripada rumah pengasuhnya sebelum mayatnya dijumpai anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama pada hari kejadian.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala. - Bernama

Adam Rayqal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Suri hati Duda Idaman Malaya

Artikel Lain