suria

Suami mahu isteri 11 tahun sekolah pondok

KOTA BHARU: Peraih getah yang menikahi budak 11 tahun mahu isteri ketiganya itu mendalami ilmu agama di sekolah pondok supaya menjadi isteri solehah.

Che Abdul Karim Che Hamid, 41, berkata, memandangkan isteri mudanya itu tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik, dia mahu isterinya itu mendalami ilmu agama supaya dapat menjadi seorang Muslimah yang baik.

Katanya, rancangan memasukkan isteri mudanya itu ke sekolah pondok hanya akan direalisasikan selepas kontroversi pernikahan mereka selesai.

“Dia sudah tidak berminat untuk belajar, namun saya tetap akan pujuk supaya dia belajar agama di sekolah pondok di Gua Musang.

“Ketika ini keluarga kami masih dalam tempoh bertenang. Saya akan hantar dia selepas isu rumah tangga kami selesai,” katanya.

Kisah perkahwinan seorang lelaki 41 tahun dengan budak perempuan berusia 11 tahun walaupun didakwa berlangsung di negara jiran itu mengundang reaksi sehingga mengundang pelbagai kecaman berikutan usia budak itu yang terlalu muda.

Pasangan itu didakwa berkahwin di masjid di Kampung Padang Nyor berdekatan Sungai Golok, Thailand, pada 18 Jun lalu.

Lelaki tersebut sudah pun mempunyai dua orang isteri dan dikurniakan enam anak. - Sinar Online

budak, peraih getah, kahwin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain