suria

SPRM nafi beku akaun bank cucu Najib

Najib mendukung cucunya. -Instagram @yananajib

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya membekukan akaun bank cucu Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Akaun cucunya tidak pernah dibekukan," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, anak perempuan bekas perdana menteri Najib, Nooryana Najwa mendakwa ada pihak mengarahkan pihak bank untuk membekukan akaun peribadi beliau dan anaknya yang berusia 10 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Najib anggap beku akaun dendam kerajaan Malaysia baharu

Dakwa Nooryana Najwa, akaun bank anaknya itu hanya mengandungi wang berjumlah RM100 untuk menyimpan duit raya yang pertama kali diterima bayi itu.

Nooryana Najwa yang juga dikenali sebagai Yana mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dianggap bersifat berdendam terhadap keluarganya.

Wanita itu menulis catatan tersebut melalui posting Facebook yang ditujukan kepada grup Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).

Najib Razak, Yana Najib, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain