Jamal dihantar ke Penjara Sungai Buloh - Semasa | mStar

Jamal dihantar ke Penjara Sungai Buloh

-fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas mahkamah tidak membenarkan permohonannya untuk diikat jamin.

Jamal, pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dan dituduh melarikan diri daripada tahanan sah.

Dia mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali yang menetapkan 30 Julai sebagai tarikh sebutan kes.

Jamal didakwa dengan sengaja melepaskan diri dari jagaan polis ketika dia sudah ditahan secara sah mengikut undang-undang.

Jamal melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, yang mana ketika itu dia sedang menjalani rawatan.

Sebelum itu dia dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.

Jamal ditahan oleh polis Indonesia di Tebet, Jakarta Selatan, dan dibawa pulang hari ini.

Jamal , penjara , Sungai Buloh

Artikel Sebelum

Anak tiri Najib sambung keterangan esok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!