suria

Enam gajah pigmi dijumpai mati

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Enam ekor gajah pigmi dijumpai mati di pantai timur Sabah antara April dan Mei berpunca daripada beberapa penyakit, kata timbalan ketua menteri negeri itu, Christina Liew.

Liew berkata, keputusan itu diperoleh daripada bedah siasat yang dijalankan ke atas gajah-gajah terbabit, namun tidak mendedahkan jenis penyakit yang menyerang haiwan malang itu.

Menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar itu berkata, pekeliling telah dikeluarkan kepada semua pihak berkaitan berhubung keperluan melindungi gajah di negeri tersebut.

"Gajah adalah sangat berharga kepada Sabah sebab ia adalah tarikan pelancong dan juga spesies terancam.

Kata beliau, pihaknya turut memaklumkan kepada semua pemilik ladang di pantai timur negeri itu tentang kawasan laluan gajah dan meminta agar mereka tidak membunuh atau mencederakan haiwan tersebut sekiranya bertembung.

"Kami faham kadang-kadang haiwan ini akan menceroboh masuk ke ladang-ladang dan kawasan kediaman, tapi janganlah bunuh," kata Liew.

gajah pigmi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain