suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun TAFF tidak dibeku

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas 1MDB menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dengan tindakan pembekuan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).

Dalam kenyataannya, pasukan yang dianggotai oleh Tan Sri Abd Gani Patail dan empat yang lain turut memaklumkan bahawa yayasan itu tidak mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB yang sedang disiasat.

"Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak mengaitkan isu terbabit dengan siasatan kes 1MDB," katanya.

Selain Gani, Pasukan Khas turut dianggotai oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Badol.

Sabtu lalu, Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendakwa bahawa akaun HSBC milik yayasan itu  telah digantung.

Melalui Twitter @cheminahsayang baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah berkata, baginda tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab menyebabkan atau mengapa akaun itu digantung.

"... kenapa kenapa kenapa ... saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti ... ini tidak adil dan (kami) juga tidak dimaklumkan... hanya dapat tahu apabila cek dikembalikan!

"Siapa yang mengarahkan akaun TAFF dibekukan ... Saya tidak marah tetapi sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami dan jelaskan kenapa," katanya.   
Gani Patail, 1MDB, TAFF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain