suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM bekukan akaun bank Ibu Pejabat Umno, cawangan Selangor

JOHOR BAHRU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank ibu pejabat Umno dan cawangan Selangor.

Ahmad Zahid yang memangku jawatan presiden Umno berkata, beliau menerima panggilan daripada SPRM yang memaklumkan bahawa akaun itu kini dibekukan.

"Tentunya, selepas ini, SPRM akan membekukan akaun Umno Johor pula," katanya dalam ucapannya pada majlis sambutan hari raya parti itu di sini, Khamis.

Ahmad Zahid juga berkata bahawa mungkin Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memerintahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk membatalkan pendaftaran Umno tidak lama lagi.

Umno, Ahmad Zahid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain