Beg Bijan punya hal, sidang media polis gamat - Semasa | mStar

Beg Bijan punya hal, sidang media polis gamat

PETALING JAYA: Nama beg tangan mewah berjenama Bijan menceriakan suasana sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pagi Rabu.

"Bagaimana ejaan beg tersebut?" demikian tanya seorang wartawan pada sesi soal jawab.

Amar Singh bagaimanapun mengeja nama beg tangan tersebut sambil tersenyum.

"Sebentar... sebentar. Beg ini tidak ada di pasaran, ia 'custom made' dan beg mahal," katanya.

Mengulas mengenai nilai beg tangan yang dirampas dari enam lokasi penggeledahan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Amar Singh berkata ia berjumlah sebanyak RM51.3 juta.

"Ia melibatkan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama. Antaranya adalah jenama Hermes, Prada, Channel dan Bijan," katanya.

Menerusi carian di Google, beg tangan mewah itu direka pereka terkenal kelahiran Iran, Bijan Pakzad yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan dijual di butik House of Bijan.

Antara pelanggan House of Bijan adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal seperti Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer.

Bijan , beg tangan , rosmah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel