suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON95, diesel kekal hingga akhir tahun

PUTRAJAYA: Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada  RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

"Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung  kepada harga minyak tetapi saya  tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu.

"Tetapi anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun," katanya, sambil menambah bahawa walaupun harga mungkin akan meningkat selepas ini, kerajaan berusaha untuk 'tidak menaikkan harga'.

Mengenai RON97 yang kini mencecah RM2.59 seliter, menteri itu berkata harga akan berdasarkan kepada pergerakan pasaran.

"RON97  tidak menjadi masalah, kerana ia digunakan kenderaan mewah," katanya. - Bernama

harga minyak

Artikel Lain