Kerajaan suntik RM2.8 bilion teruskan projek TRX - Semasa | mStar

Kerajaan suntik RM2.8 bilion teruskan projek TRX

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk menyiapkan projek Tun Razak Exchange (TRX) bagi mengelakkan kerugian kewangan berlaku lebih banyak ke atas pihak kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Kabinet memutuskan pelaburan maksimum RM2.8 bilion akan disuntik ke dalam projek berkenaan bagi memastikan ia siap disempurnakan.

Lim berkata, ia adalah lebih baik daripada membiarkan projek sebesar itu terbengkalai di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Khamis dan menambah keputusan yang diambil dapat mengelak daripada pembayaran pampasan sebanyak RM3.52 bilion sekiranya projek itu dihentikan.

Jelas Guan Eng, projek TRX akan memberikan keuntungan kecil selepas ia siap dan mendapatkan semula perbelanjaan RM3.7 bilion yang dibayar pada awal pembinaan projek tersebut.

Kabinet memutuskan untuk meneruskan projek berkenaan bagi mendapatkan semula semua dana yang disalah guna, membayar semua wang yang dipinjam dan kos-kos lain.

TRXC adalah sebuah syarikat yang membangunkan TRX dan Bandar Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

TRX

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain