12 cedera termasuk seorang bayi dalam kejadian bas terbabas - Semasa | mStar

12 cedera termasuk seorang bayi dalam kejadian bas terbabas

Gambar dari Facebook.

IPOH: Seramai 12 orang termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli kira-kira 150 kilometer dari sini, Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Azizul Asawad Asaris berkata bas yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Perlis itu dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan kira-kira pukul 3.40 petang.

“Bas tersebut membawa 29 penumpang namun jumlah sebenar yang cedera masih belum dapat dikenal pasti kerana usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

"Maklumat lanjut mengenai semua yang cedera juga belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Katanya bomba menerima panggilan pada pukul 3.48 petang sebelum dua jentera bersama 12 anggota dan ambulans Pasukan Perkhidmatan Penyelamat Perawatan Kecemasan (EMRS)  dikejarkan ke lokasi kejadian.Kesemua yang cedera berjaya  dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Gerik bagi rawatan lanjut. - Bernama

kemalangan bas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi