suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan  perlahan setakat 12.30 tengah Jumaat.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang, Rawang ke Sungai Buaya, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai dan Tapah menuju Gopeng.

"Trafik turut perlahan di Jelapang menuju Terowong Menora susulan kemalangan di dalam terowong membabitkan tiga kenderaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, di arah selatan, trafik turut perlahan dari Kajang menuju ke Putra Mahkota sehingga kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Seremban, Seremban ke Pedas Linggi dan Skudai ke Sedenak.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Trafik perlahan, hari raya

Artikel Sebelum

Artikel Lain