suria

CEO Cradle maut di bilik tidur terbakar

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan meninggal akibat  terhidu asap selepas biliknya terbakar di Mutiara Damansara pada Khamis.

Beliau berusia 45 tahun, dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Menurut seorang kenalan keluarga, sebelum itu Nazrin mengadu migrain dan pergi tidur selepas mengambil ubat.

Katilnya terbakar, dan Nazrin dipercayai mati akibat lemas terhidu asap.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ddi sebuah kediaman dua setengah tingkat di Mutiara Damansara.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka  menerima laporan pada 12.30 tengah malam dan menghantar dua jentera kebakaran dan 14 anggota bomba ke tempat kejadian.

Mereka tiba pada pukul 12.46 malam dan api dipadam sepenuhnya pada 12.53 tengah malam.

Punca kebakaran masih belum dikenalpasti.

Cradle adalah sebuah syarikat Kementerian Kewangan yang  membangunkan usahawan.

Ia adalah agensi yang memberikan pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat MyTeksi (Grab), iMoney, iPay88 dan pelbagai syarikat lain.

Cradle, CEO, Nazrin Hassan

Artikel Sebelum

Artikel Lain