Johor mungkin batal dua projek pelancongan mega - Semasa | mStar

Johor mungkin batal dua projek pelancongan mega

Liow Cai Tung

Eksklusif

JOHOR BARU: Kerajaan negeri mungkin membatalkan dua projek pelancongan mega bernilai lebih RM3 bilion, jelas sumber yang dekat dengan pentadbiran.

Projek pertama, bernilai RM2.7bil, adalah taman hiburan eko berhampiran kampus Yayasan Pelajaran Johor di Kota Tinggi.

Projek kedua sepatutnya menjadi taman tema fiksyen sains pertama dunia yang dikenali sebagai Sci-Fi Universe dengan kos RM400 juta.

Projek-projek itu diumumkan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya Barisan Nasional.

Manakala projek ketiga bernilai RM4.5 bilion - pusat pelancongan terpadu Desaru Coast, yang akan melihat banyak hotel dan resort bertaraf dunia dan menempatkan kolam gelombang terbesar di Asia Tenggara bakal beroperasi bulan depan memandangkan ia hampir siap sepenuhnya.

Ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pelancongan Wanita Johor, Liow Cai Tung memberitahu beliau akan menemui wakil-wakil projek di Desaru minggu depan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata kajian semula tarikan pelancongan baru ini diperlukan dalam usaha untuk memberi tumpuan kepada tarikan tempatan yang sedia ada di negeri ini.

"Apa yang sudah dibina tidak terjejas, tetapi kami akan mengkaji cadangan lain dan baharu," katanya.

Ini berikutan aduan oleh pihak tertentu yang menggesa kerajaan mengkaji semula permohonan untuk projek mega pelancongan baharu yang tidak mencerminkan nilai-nilai orang Johor atau rakyat Malaysia.

"Saya mahu menyerlahkan budaya, makanan tempatan dan tarikan semulajadi seperti taman, pulau dan pantai. Johor mempunyai banyak dengan keadaan semulajadi.

"Bahkan trend pelancongan sejagat menyerlahkan budaya tempatan," kata Liow, sambil menambah bahawa kawasan pelancongan yang dipercayai mempunyai potensi belum diterokai ialah Muar, Kukup, Batu Pahat dan Kluang.

Johor adalah rumah kepada sekurang-kurangnya 10 taman tema, mendapat penghargaan sebagai negara dengan jumlah taman tema yang paling banyak.

Taman tema lain yang ditubuhkan sebelum ini termasuklah Legoland Malaysia, Thomas Town - Puteri Harbour, Taman Tema Angry Birds dan Hello Kitty Town.

Liow dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai arah industri pelancongan negeri itu selepas menerima laporan daripada Jabatan Pelancongan Johor Rabu ini.

Terdahulu, beliau memberitahu "terlalu banyak perhatian dan promosi taman tema di Johor".

"Produk bertemakan Johor boleh menarik ramai pelancong jika dipasarkan dengan betul," katanya baru-baru ini.

Pada tahun 2016, Johor menyasarkan kira-kira 5.5 juta pengunjung tetapi berjaya menarik sejumlah 9.9 juta pelawat (terdiri daripada 7.3 juta pengunjung domestik dan 2.6 juta pelancong asing).

Johor , Projek Pelancongan , Liow Cai Tung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain