suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah seminggu tak nampak Jamal balik

Gambar fail Jamal Md Yunos. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star

AMPANG: Kediaman Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, di Ampang Jaya di sini, didapati kosong tidak berpenghuni dan hanya terdapat seorang pengawal keselamatan dalam pagar rumah berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati tiada sebarang kenderaan diletakkan di hadapan mahupun luar kediaman itu.

Pengawal keselamatan rumah berkenaan bagaimanapun hanya keluar dan melihat dari jarak jauh dalam pintu pagar, enggan ditemubual.

Pengawal rondaan kawasan perumahan di situ, Abdullah Ismail, 63, yang ditemui Sinar Harian berkata, pengawal keselamatan warga asing  itu enggan ditemui kerana tidak tahu berbahasa Melayu.

Menurutnya, kediaman Jamal menjadi tumpuan beberapa pihak termasuk media sejak laporan kehilangannya dari Hospital Ampang Puteri sejak dua hari lalu.

"Tetapi kelibat Jamal sudah semingu tidak kelihatan balik ke rumah ini, isteri dan anaknya juga tiada di sini. Kali terakhir ada kenderaan masuk sebelum Jamal dilaporkan hilang tetapi itu hanya pemandunya sahaja," katanya.

Menurut Abdullah, Jamal menetap di situ sejak empat tahun lalu bersama isteri dan anaknya dan kerap berada di kediamannya sebelum ini namun sudah jarang dilihat sejak selesai PRU14.

"Saya tak pasti dia akan balik atau tidak bila dah hilangkan diri begini," katanya. - Sinar Harian

Jamal Yunos

Artikel Lain