suria

Bukan di LRT Asia Jaya!

PETALING JAYA: Sebuah video viral seorang lelaki terkena kejutan elektrik di atas sebuah menara voltan berarus tinggi tidak berlaku di stesen LRT Asia Jaya.

Video kejadian ngeri itu menggemparkan media sosial, dengan ramai mendakwa ia berlaku di Petaling Jaya pada Sabtu.

Walaupun terdapat menara transmisi voltan tinggi di sepanjang laluan LRT Asia Jaya, carian pantas di Peta Google menunjukkan reka bentuk menara di sini berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam video.

Carian lanjut mendedahkan bahawa kejadian maut itu berlaku pada 16 Mei di bandar Barranquilla, Colombia.

Portal UK Metro melaporkan bahawa mangsa adalah seorang lelaki pekak berusia 20 tahun bernama Victor Jose Arroyo Gonzalez.

Gonzalez, yang mengalami kemurungan, dilaporkan memanjat menara itu dan mengancam untuk terjun sebelum polis dan orang ramai memujuknya turun.

Walau bagaimanapun, dalam perjalanan ke bawah, dia secara tidak sengaja menyentuh dawai hidup sebelum jatuh ke tanah.

Metro melaporkan Gonzalez diisytiharkan mati di tempat kejadian.

Video tersebut dirakamkan oleh saksi-saksi yang berada di bawah di kawasan Los Olivos di bandar itu.

pencawang, LRT Asia Jaya

Artikel Lain