suria

Anwar, Nurul Izzah menghadap Sultan Johor

Foto kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Royal Press Office

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Isnin malam.

Ketua Umum PKR itu tiba di istana bersama anaknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah.

Sultan Ibrahim memuat naik status di laman Facebook rasminya bersama beberapa keping gambar pertemuan itu.

Difahamkan, Anwar terbang ke Johor menaik pesawat peribadi Sultan Ibrahim yang tiba pada pukul 10.50 malam.

Turut berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Johor, Anwar, Nurul Izzah, TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain