Cubaan pindah 50 beg tangan Birkin, laporan polis dibuat - Semasa | mStar

Cubaan pindah 50 beg tangan Birkin, laporan polis dibuat

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat mengenai pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik isteri bekas perdana menteri.

Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ben Ali memberitahu, pihaknya menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan dari sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.

Berdasarkan gambar laporan polis yang tular, setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.

"Setiap kotak tas tangan tertera label nama si pemberi kepada penerima (hadiah pemberian). Dipercayai penerima adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Oleh kerana Najib dan Rosmah terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku Exco Pemuda PPBM Nasional ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut," ujar Ben dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Ben ketika dihubungi mStar Online, mengesahkan membuat laporan polis tersebut dibuat pada awal pagi Sabtu.

Ben bersama Bendahari Pemuda Bersatu, Rafiq Hakim Razali selepas membuat laporan polis. -foto FB Ben Ali

Menurut Ben, selain tas tangan yang mencurigakan, van yang membawa tas tangan tersebut menimbulkan kecurigaan apabial ia tertera Jabatan Perdana Menteri dan Jata Negara Malaysia.

"Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa, di mana Rosmah menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan untuk kegunaan peribadi.

"Pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan."

Ben Ali , Birkin , Rosmah Mansor

Artikel Sebelum

BN akan jadi pembangkang yang baik

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu