Undi awal PRU14 bermula hari ini - Semasa | mStar

Undi awal PRU14 bermula hari ini

Anggota tentera berbaris untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Sepanggar pagi ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Sejumlah 586 pusat pengundian awal di seluruh negara dibuka pada 8 pagi ini bagi membolehkan 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan melaksanakan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia  (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka.Antara tempat mengundi ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK),  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera.


Pusat mengundi akan ditutup secara secara berperingkat antara 5 petang dan 7 malam, malah ada beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal iaitu antara 1 tengah hari dan 3 petang.

Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa yang dikendalikan oleh 6,376 petugas pilihan raya.

Proses itu akan disaksikan oleh wakil-wakil calon.Kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi hari ini  sebaliknya disimpan di tempat selamat  iaitu di lokap balai polis.

Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian 9 Mei, bermula 4 petang.Terdapat 14,940,624 pengundi bagi PRU14.- Bernama

Undi awal

Artikel Sebelum

18 tingkap kereta api pecah

Artikel Berikut

Azrinaz akhiri zaman janda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Hello! Jangan malu pakai topeng muka....