suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PDRM jamin keselamatan keluarga Fadi

Foto dari Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan keselamatan bagi waris keluarga Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang ditembak mati pada Sabtu dan juga bagi pihak Kedutaan Palestin di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM memberi kawalan keselamatan secukupnya dan dengan itu tidak perlu bimbang akan tahap keselamatan mereka.

"Selain itu, jaminan keselamatan juga diberi kepada pihak Kedutaan Besar Palestin di Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: KPN nafi polis lewat bertindak kes pembunuhan saintis Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Fadi akan dikebumi di Palestin

Beliau berkata siasatan pembunuhan warga Palestin itu masih diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik dengan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimami solat subuh pada lebih kurang pukul 6 pagi. - Bernama

Dr Fadi Mohammed Al Batsh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain