suria

Aplikasi MyAqsa untuk salur sumbangan terus kepada Masjid Al-Aqsa

Penyelaras Persidangan Meja Bulat MyAQSA, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (tengah) bersama (dari kiri) Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ketua Kesatuan Ulama Islam Lubnan, Sheikh Ahmad Al Omari, Pengerusi Pusat Pembentukan Ulama Mauritania, Syeikh Muhammad Hasan Walid ad-Dedew dan Pengerusi Majlis Islam Syria, Syeikh Usamah al-Rifa'i semasa sidang media selepas membentangkan resolusi Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis sempena Festival MyAqsa. - Bernama

YAN: Aplikasi mudah alih MyAaqsa dilancarkan Khamis malam, dalam usaha menyalurkan maklumat terkini berhubung Al-Aqsa serta Baitulmaqdis kepada rakyat negara ini, secara terus menerusi telefon bimbit masing-masing.

Pelancaran itu disempurnakan Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr E'krimah Sa'eed Sabri bersempena Program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah di sini.  

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Murni Aqidah Malaysia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa (MyAqsa) Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata selain itu pengguna juga boleh menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada google play itu untuk membuat sumbangan dengan mudah bagi disalurkan secara terus kepada Masjid Al-Aqsa di Palestin.

"InsyaAllah, ia akan jadi satu platform untuk kita nak melancarkan program-program sokongan Al-Aqsa, dan perkembangan, (maklumat terkini Al-Aqsa) akan ada dalam aplikasi ini. Kita juga nak menghubungkan rakyat Malaysia dengan Baitulmaqdis," katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi itu.  

Terdahulu, Jamil Khir dan Hasan menyertai lebih 500 jemaah terdiri daripada penduduk setempat serta pelajar pusat tahfiz menunaikan solat Isyak yang diimamkan Sheikh Dr E'krimah Sa'eed. - Bernama

MyAqsa

Artikel Lain