suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Izzah nafi tanding di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan beliau akan bertanding di Permatang Pauh.

"Ia hanya khabar angin," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding sebagai calon di Parlimen tersebut, Rabu.

Nurul Izzah berkata beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada Selasa berhubung pengagihan kerusi.

"Kami hanya mahu ditempatkan di mana-mana kawasan supaya dapat berkhidmat kepada parti," katanya.

Nurul Izzah berkata Permatang Pauh amat istimewa kerana ia ada kaitan dengan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Selasa, sebuah portal berita memetik Saifuddin sebagai berkata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di salah sebuah kerusi di Lembah Klang manakala Nurul Izzah akan menggantikan beliau di Permatang Pauh.

Nurul Izzah Anwar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain