suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau dahan merayau di kuarters Hospital Gua Musang

Gambar hiasan.

GUA MUSANG: Jabatan  Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memulakan usaha menangkap seekor harimau dahan yang dilaporkan berkeliaran berhampiran kuarters Hospital Gua Musang (HGM) sejak malam Isnin lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohd Hasdi Husin berkata sebuah perangkap sudah dipasang  sejak 9 pagi Selasa dan anggota Perhilitan Gua Musang ditugaskan untuk mengawasi kawasan itu pada waktu malam bagi memastikan keselamatan kakitangan hospital yang tinggal di kuarters berkenaan serta penduduk berdekatan.

“Dalam masa sama saya menasihatkan penduduk sekitar agar elak daripada lakukan sebarang aktivti luar atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Pihak Perhilitan hingga kini tidak dapat mengesahkan umur dan jantina harimau dahan itu berdasarkan gambar yang tular dalam media sosial sebelum ini kerana ia tidak jelas.

harimau dahan

Artikel Sebelum

Artikel Lain