suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas terkurung enam hari

Mangsa yang terperangkap di dalam rumah selama enam hari berjaya diselamatkan.

SUNGAI SIPUT: Bayangkan anda terkurung di dalam rumah selama enam hari. Hanya terlantar kerana diserang angin ahmar.

Pasti sukar membayangkannya.

Namun, itulah yang berlaku kepada seorang warga emas berusia 64 tahun apabila dia terkurung di dalam rumahnya di Jalan Dovenby, di sini.

Lelaki malang itu diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput selepas salah seorang jiran mereka menghubungi pasukan keselamatan.

Ketua Operasinya, Suhaimi Ab Samad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada pukul 9.25 pagi semalam.

“Setibanya jentera di rumah mangsa, anggota mendapati terdapat seorang lelaki warga emas terperangkap di dalam rumah selama enam hari.

“Mangsa tersebut terlantar di rumah akibat strok. Keadaan mangsa agak lemah semasa ditemui. Anggota menggunakan peralatan khas untuk buka kunci rumah itu.

“Mangsa kemudian dibantu keluar dari rumah tersebut dan diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. - Sinar Online

warga emas

Artikel Lain