suria

Rakyat Malaysia bakal cipta sejarah di Gurun Sahara

Sue Ding.

PETALING JAYA: Wanita Malaysia pertama yang menyertai Marathon des Sables (MdS), acara maraton yang mencabar di Gurun Sahara bersedia untuk mencipta sejarah.

Datin Sue Ding, yang kini menyertai acara yang digelar sebagai yang paling mencabar di dunia, memasuki hari keempat, bersedia untuk mara ke garisan penamat sejauh 250 kilometer.

Ding, yang merupakan pengamal undang-undang di London, menyertai maraton itu bagi mengumpul dana untuk dua badan amal, Make A Wish Malaysia (MAWM) dan Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB).

MAWM memenuhi impian kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal menjadi kenyataan, manakala MDDB berperanan menyelamat, memulih dan menempatkan semula anjing jalanan.

Ding dihujani dengan banyak sokongan dan galakan mengenai usaha beliau yang disifatkan berani kerana menyahut cabaran itu.

Setiap peserta maraton membawa bekalan mereka sendiri semasa melalui bukit pasir dan berbatu-batan.

Bekalan air mereka juga dicatu dan penganjur hanya menyediakan khemah untuk mereka berehat.

Orang ramai boleh memberikan mesej berupa sokongan dan galakan buat Ding di: http://www.marathondessables.com/en/marathon-des-sables-maroc/write-to-a-racer .

Gurun Sahara, Sue Ding

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain