suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Tanjung Bungah sah keluar DAP

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu (gambar) mengesahkan bahawa beliau telah keluar daripada DAP.

Beliau juga akan meninggalkan kawasan dewan undangan negeri (DUN) itu untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Teh membuat pengumuman itu selepas menghantar surat bersama kad keahliannya kepada Pengerusi Cawangan DAP Sri Tanjung Bungah, Lim Cheng Hoe di pusat perkhidmatannya di sini pada Ahad.

Terdapat khabar angin bahawa Teh akan menyertai Parti Sosialis Malaysia (PSM), tetapi beliau enggan mendedahkan sebarang butiran sehingga Isnin (9 April).

Surat yang dibaca ketika sidang media itu dialamatkan kepada Pengerusi DAP, Chon Kon Yeow bagi menyatakan niatnya untuk meninggalkan parti.

Teh yang dikenali sebagai 'Lone Ranger' membuatkan pengumuman itu selepas pembubaran Parlimen.

Adun DAP selama dua penggal itu juga dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara dalam hal berkaitan isu alam sekitar seperti pembangunan di lereng bukit, projek mega berkepadatan tinggi dan cadangan mengehadkan tempoh pemerintahan ketua menteri kepada dua penggal sahaja.

Artikel Lain