suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat hampir reput ditemukan di sebuah rumah

KUCHING: Mayat seorang wanita hampir reput ditemukan di sebuah rumah di Kampung  Pasir Pandak, Santubong pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek dalam kenyataannya pada Khamis berkata mayat wanita yang berusia 35 tahun itu dijumpai dalam keadaan tergantung  dan sudah meninggal dunia antara  empat hingga lima hari.

“Melihat  keadaan si mati, dia dipercayai telah meninggal sekitar empat atau lima hari, hasil siasatan awal  juga mendapati mangsa adalah seorang balu yang mempunyai dua orang anak serta tinggal seorang diri di sebuah rumah milik bapanya.

“Walaubagaimanapun, bapa si mati dan ahli keluarga yang lain termasuk dua orang anaknya tinggal di rumah berasingan di kampung yang sama. Menurut adik si mati, kakaknya itu sering merayau-rayau di kawasan kampung dan sering bercakap seorang diri,” katanya.

Mayat wanita berkenan kemudian dibawa ke  rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Bernama

mayat, hampir reput

Artikel Lain