suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan tak rangup, tapi tak masak” - juri MasterChef UK

PETALING JAYA: Seorang juri MasterChef UK yang dikecam teruk gara-gara komennya tentang kulit ayam dalam masakan rendang 'tidak rangup' menukar kenyataannya kepada 'tidak masak'.

Gregg Wallace (gambar) menjelaskan: "Saya kata kulit (ayam) tidak rangup. Saya tidak bermaksud ia tidak dimasak seperti ayam goreng.

"Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak dimasak. Ia memang tidak masak," katanya ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi rakan jurinya, John Torode pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef John pernah buat rakaman masak rendang di Malaysia

Pada Isnin, peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan hidangan nasi lemak dan rendang ayam untuk program MasterChef UK.

Bagaimanapun, Wallace dan Torode mengkritik rendang yang disediakan Zaleha dan menyingkirkannya daripada program realiti tersebut.

Menurut laporan atas talian, Kate Garraway dari GMB bertanya kepada Wallace untuk menjelaskan apa yang berlaku dan juri tersebut berkata bahawa Zaleha dihantar pulang kerana masakan peserta lain lebih lazat.

Garraway mengingatkan Wallace: "Tapi anda cakap rangup" dan Wallace membalas: "Yang pastinya, masakan terbaik pasti akan lepas (ke peringkat seterusnya)."

Torode turut mempertahankan keputusan mereka dan berkata beliau pernah merakamkan siri masakan di Malaysia dan menyifatkan makanan di negara ini 'hebat'.

Selepas mendengar komen Garraway bahawa beliau patut tahu tentang rendang itu, Torode membalas dengan yakin: "Memang saya tahu. Saya cakap kepada dia (Zaleha), ia tidak belum cukup masak."

Wallace pula menjelaskan Zaleha tidak tersingkir kerana 'kulit rendang' tidak rangup.

"Dia terkeluar sebab masakan lain lebih bagus," tambah beliau.

Sebelum itu, Wallace mengulas tentang komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penyingkiran itu dengan berkata: "Kerana kekecohan itu Perdana Menteri Malaysia juga turut terlibat."

Artikel Lain