suria

Lot Parkir Terhad, Pemilik Kenderaan Jadi Mangsa Kunci Tayar

PENIAGA di kawasan komersial Jalan Mega Mendung, Kompleks Bandar di Jalan Kelang Lama tidak gembira dengan tindakan kunci tayar kenderaan mereka.

Lebih 200 peniaga menurunkan tanda tangan petisyen dan diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ahli perniagaan, Daniel Foo memberitahu, ruang parkir memang tidak mencukupi.

"Lot parking yang disewa setiap hari bertambah. Saya nampak pegawai (DBKL) menunggu untuk mengunci tayar kenderaan yang melebihi had sewa walaupun kereta tidak menghalang yang lain," jelasnya.

Seorang lagi peniaga Jane Wong, yang menjalankan sebuah kedai percetakan di kawasan itu, berkata penguatkuasaan juga berlaku di depan kedainya walaupun ia adalah tanah persendirian.

"Meter parkir telah dipasang di tanah saya dan apabila saya menunjukkan dokumen sebagai bukti menceroboh kawasan saya, mereka hanya mengangkat bahu.

"Saya telah menulis kepada pihak berkenaan minta penjelasan, tetapi mereka masih belum menjawab.

"Sekarang apabila pelanggan meletak kereta di depan kedai, mereka didenda," katanya.

Pada Rabu, Naib Pengerusi MCA Seputeh Banie Chin bersama pengurus cawangan DBKL Seputeh Abdul Syatar Abdul Halim dan pegawai penguatkuasa telah melawat kawasan tersebut.

"Saya akan bertemu dengan Ketua Pegawai Kksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk mengetahui apa yang sedang berlaku," kata Chin.

Sementara itu,  Abdul Syatar berkata beliau akan menyemak dengan Jabatan Pelesenan DBKL jika kuota untuk lot sewa yang melebihi had.

Dua tahun yang lalu, DBKL telah menswastakan kemudahan tempat letak keretanya kepada YWP, yang telah menguruskan tempat letak kereta di kawasan itu.

Kunci Tayar, Parkir, DBKL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain